CINTA
Selamat datang ke ruangan saya. Salam sayang dan terima kasih buat semua kerana sudi melayari blog saya.
Di laman ini kita akan mengetahui tentang cinta yang amat luas pengertiannya bagi kita semua. Cinta terbahagi kepada pelbagai kategori. Cinta kepada Allah, cinta kepada keluarga, cinta kepada diri sendiri dan cinta sesama insan. Tetapi adalah baik jika kita cinta kepada Allah kerana cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal buat selama-lamanya. CINTA adalah satu anugerah dari tuhan yang tidak ternilai. Cinta tidak mempunyai rasa, tidak mempunyai bentuk dan tidak juga mempunyai bau. Cinta kadang-kadang membuat kita bahgia dan cinta kadang-kadang juga boleh membuat kita menderita. Bagi insan yang bercinta haruslah memerlukan sebuah pengorbanan yang besar. Bagi yang sedang bercinta berhati-hatilah kerana cinta itu buta dan hargailah CINTA yang sejati kerana cinta yang sejati sukar kita cari...